Saturday, January 29, 2011

Cookies ala Famous Amos


Minggu lpas lagi en hubby teringin nak makan cookies kat Famous Amos..Since dah beli oven baru, so dia suh saya wat cookies tu&katanya nak rasa sebijik kat FA tu....Mengalahkan org mengandung..kalau mengandung takper gak kan!!!hehehe...Alamak..saya ni bukan nya pakar lagi..Cookies lak nak macam Famous Amos...ayooo...biar betul...puas ckp kang tak sama rasa xnk makan..En hubby nak gak...oklah so bermulalah explore mana resepi yang leh dapat ni...Cari puyer cari finally i got it!!! Nama writer ni Kak Intan..tgk kat wordpress dia...So saya guna resepi dia utk try buat cookies ni..tapi saya tak ikut 100% lah recipe dia..ada gak saya modified sdiri kerana kekurangan bhn2 yang diperlukan..Ikut citarasa sediri..hehehe..

RESEPI COOKIE FAMOUS AMOS(Yang dah saya modified&saya wat separuh adunan jer)
  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung gandum (di ayak bersama baking soda dan baking powder agar ia mesra bersama hehhee)
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oatmeal - blend sehingga menjadi halus (saya guna brand Quaker Oat yang warna merah)
  • 100gm chocolates chips (sepatut kena lebih skit dlm 200-300gm if guna yang saiz besar tp kalau yang small size yang mcm saya guna ni dlm 100-150gm dh cukup kot). 
  • 175gm Cadbury Choc.-Dairy Milk (parut)
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan hazelnut (cincang halus)-yang ni terpulanglah nak pakai nuts apa..saya pakai hazelnut coz tersalah beli..nak beli macadamia tp tersalah amik yang ni..never mind leh guna gak..hehhe

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Pukul butter dengan gula halus&gula perang
  • Selepas itu masukkan telur satu persatu bersama esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang sebati
  • Masukkan gandum yang diayak besama dgn baking soda dan baking powder, oat dan garam ke dalam adunan dan gaul rata
  • Akhir sekali barulah masukkan coklat chip,coklat Cadbury yang dh diparut bersama dgn kacang yang telah dicincang.
  • Keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bulat kecik.Ambil doh tu dalam 2 inci. Saya gunakan sudu kecik utk bentukkan biskut ini.
  • Bakar dalam 180-190 darjah Celcius dalam 10-15minit. 
  







 Inilah hasilnya setelah masak&rasanya pun memang mcm cookies FA tu&my hubby memang suka sgt2 siap bangun byk kali n curi biskut ni ketika saya tgh dok bakar biskut2 ni.. Kul 2 pagi bru dpt tido selepas selesai bakar semuanya..huhuhu..esoknya mengantuk tahap gaban..mujur tak keje..hehhehehehehh!!!!!



****NOTA: Disebabkan adunan ni kita masukkan coklat cadbury, so leh kurangkan sedikit gula.Ni sapa2 yang tak suka biskut ni terlalu sweet.

Di bawah ni saya sertakan RESEPI ASAL cookies ni..

RESEPI COOKIES-FAMOUS AMOS-ORIGINAL
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender
to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

INSTRUCTIONS:
cream the butter and both sugars. Add eggs and
vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,
baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10
minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..


SELAMAT MENCUBA DR SAYA... SAYA NI BUKANLAH EXPERT PUN  MASIH DALAM PROSES PEMBELAJARAN & SEKADAR INGIN BERKONGSI MASAKAN DGN KAWAN2 YANG LAIN...TQ

Sudah 8 Tahun Perginya Tak Kembali

Salam semua...

Hari ni ingt nak masuk entri masakan..tapi stop dulu masukkan entri pasal ni...Sejak menjak ni asyik ingat jer insan yang saya sayang ni...rindu padanya hanya Allah jer yang tahu..kadang2 sampai nangis sorg kan bila ingt kat dia...Sebenarnya ari ni cukup 8 thn arwah mak saya pergi meninggalkan kami semua. Rasa macam cepat jer waktu tu berlalu..tup2 dh masuk 8thn ari ni..Dua hari lepas besday adik bongsu..pk balik rasa sedih sgt2..Arwah mak saya pergi kerana penyakit darah tinggi..Pergi secara mengejut memberi tamparan yang kuat kepada kami sekeluarga..Masa tu saya masih kat universiti..Adik bongsu lak umur 10thn..Rasanya dia lagilah terasa kehilangan kerana setiap hari berkepit dgn arwah mak.Bila minggu lpas adik sorg lagi bgtau kenangan yang dia takleh lupa sampai skrg iaitu arwah mak berjanji nak buatkan bihun grg utk besday adik bongsu membuatkan hati saya semakin sedih..Cuma yang buat saya terkilan arwah mak tak smpat nak merasai kejayaan saya,abg saya,kejayaan adik2.Tak sempat nak rasa duit gaji kami.Sebab masa dia pergi, kami ni masih belajar..kakak2&abg sudah bekerja....

Tapi mungkin ini yang terbaik untuknya agar dia berehat disana setelah berhempas pulas membesar kan kami adik bradik yang byk karenah&mcm2 perangai..Kami ni dr keluarga yang besar...Itu jer ayat yang kami selalu gunakan bila teringat akan dia..Moga Kau tempatkan ibuku dikalangan org yang beriman..Kami anak2 akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ma disana tanpa jemu..Amin..YaAllah rindunya saya terhadapnya...