Sunday, January 30, 2011

Ayam Panggang ala Kenny Rogers





Hari tu hilang idea nak masak apa...asyik masak benda sama..pastu bru teringat yang kami berdua dah lama tak makan ayam..rasanya dekat seminggu lebih tak sentuh ayam gara2 saya tiba2 muak and takleh bau ayam...ingtkan sbb pregnant..tapi xpun..mngada lebih kot...hahah..so seminggu lebih lah asyik makan ikan jerrr pastu daging sekali sekala...Dah terpk lama gak tak makan ayam, tiba2 kat kepala 'Ting Tong' sesuatu come out from my head...erm...sambil nak try oven baru, why not ari ni try masak ayam panggang lak...asyik goreng jer kan...so godek2 lah internet cari resepi..Finally jumpa lah resepi ayam panggang ni nk buat ala2 kenny rogers..tapi saya tak ikut 100% resepi tu,,sebb ada bahan yang takder..so saya modified and buat bahan sdiri..1st time buat jadiklah..ari ni buat kali k-3 sebb suami suka n dia request..


Separuh ekor ayam-saya belah dua
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih 
1 inci halia 
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada sulah
1 sb sos tiram
2-3 sb madu
1 sb gula
1 sb lada hitam-kalau letak banyak lagi sedap & pedas. (optional kalau nak letak sos lada hitam kalau takder buah lada hitam)
sedikit garam-saya letak 1/2 sk
sedikit mentega (digunakan semasa nak bakar ayam)

CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan kisar semuanya di dalam blender
  • Perapkan ayam dgn bhn2 yg telah dikisar selama 1 jam(kalau nk lg sedap perap semalaman atau 3-4jam agar bhn2 tu akan mesra dgn ayam tu...)
  • Sebelum masukkan ayam ke dalam oven, sapu sedikit mentega disekeliling badan ayam tu bg rasa yg lbh sedap & nampak keemasan.
  • Bakar ayam selama 30-40 minit @ sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius. 
  • Hidangkan bersama mashed potato & gravy.
Fresh from oven

Nota: **Sebelum masukkan ayam dlm oven,saya panaskan dahulu oven selama 10-15minit dgn 170-180 darjah celcius
**Selepas 20minit masa pertama, curahkan lebihan bahan yang diperap keatas ayam&bakar lagi sehingga masak

Sebenarnya resepi ayam panggang ni kita leh buat mengikut kreativiti kita..ada yang letak bermcam2 bahan..tapi saya buat yang simple sahaja yang mana saya rasa leh jimat masa dlm proses penyediaannya..Bagi saya, ini resepi yang paling mudahlah..Kali pertama buat saya sediakan bersama mashed potato&gravy, kali ke-2 buat sbb ada skit ayam yang dh dipotong..Hubby saya memang suka sgt & bangga skejaplah bila dia puji..hehehhe...

Selamat mencubalah..kalau tak jadi, leh tayer saya atau post comment...byk lagi resepi yg dh saya cuba cuma takder masa nak publish kat blog...