Thursday, February 3, 2011

Daging Masak Sambal Serai

Selamat Tahun Baru Cina...Gong Xi Fa Chai...kepada yang meraikan...Ari ni korang semua buat apa???bestnyer cuti lama2 ni..jalan kat kg mesti jem sbb ada yang balik kg kan..saya mula2 nak balik kg, tapi disebabkan next week nak turun KL ikut suami ada kursus kat KL, so terpksa cancellah..huhuhuhu..

Sebab ari ni tak g mana2..jam pun masa tu dh kul 10 lbh, en hubby pun dh lapor..so alang2 nk masak pk balik masak utk lunch teruslah..kira breakfast&lunch skali hadaplah..hehhee..bukak fridge ada stok ikan selar&daging jer...nak masak apa ek??semalam dh buat daging dendeng..So ari ni saya buatlah Daging Masak Sambal Serai & Ikan selar Masak Kicap letak sohoon...erm..bolehlah..makan pun utk berdua..tapi mintak maaflah..dh tgh makan. baru suami tayer, xsnap ker gmbr masakan ari ni??alamak!!! Lupa lak...so tak bergmbarlah resepi saya kali ni..Masakan ni sama macam masak sambal pedas cuma add halia&serai..

RESEPI DAGING MASAK SAMBAL SERAI

300gm daging batang pinang
2 batang serai (potong bulat2 & kisar)-kalau nak letak lebih pun boleh
1 inci halia (kisar)
1 biji bawang besar (potong bulat2)
3 sudu besar cili boh (saya guna cili kering yang dah di blend bersama bawang merah&putih)
4 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
sedikit air
sedikit gula, garam&bahan perasa


CARA-CARANYA
  • Daging hendaklah direbus terlebih dahulu sehingga empuk. Saya rebus daging dgn sedikit halia&bawang putih yang telah ditumbuk&sedikit garam.Toskan airnya dan hiris nipis2
  • Cili boh,serai,halia,bawang putih&bawang merah dikisar bersama.(Sebab saya guna cili kering yang dah dikisar dgn bawang putih&bawang merah, so saya tak masuklah bawang2 spt yang telah dinyatakan diatas)
  • Panaskan kuali dgn sedikit minyak, tumiskan bahan2 yang telah dikisar sehingga naik bau&pecah minyak
  • Selepas itu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit air dan kacau lagi sehingga kuah menjadi pekat
  • Masukkan daging&bawang besar yang telah dipotong bulat2
  • Akhir sekali masukkan sedikit gula, garam&bahan perasa. Biarkan ianya mendidih seketika
  • Tutupkan api&hidangkan...
 Inilah salah satu menu untuk tengahari+breakfast saya&en hubby pada hari cuti ini... Ikan selar lak saya goreng 4 ekor&buat kuah kicap letak sohoon..menyelerakan btul makan ari ni...


Sekian sahaja pada hari ni..dan ari ni tak kuar g mana2 pun..memerap dalam rumah jer sbb tak tahu nak g mana&saya lak tgh siapkan resume &cover letter baru utk apply keje..hehheheh

Sebarang komen atau apa2lah yang nak dikatakan, amatlah dialu-alukan..Saya menerima dgn hati terbuka coz saya ni masih lagi dlm peringkat  belajar dalam bab2 masakan ni...

SELAMAT BERCUTI UTK SEMUA....