Sunday, February 20, 2011

Ayam Goreng Pandan



Tengahari ni saya try wat Ayam goreng guna daun pandan..dah lama nak buat tapi tak terbuat2 pun..sebab smlm kemas peti ais, bru perasan daun pandan banyak sgt&tak pernah guna since beli awal bulan ari tu..belek2 daunnya still lagi elok..so kat kepala pun terpk lah nak wat resepi ni..godek2lah kat internet apa bahan2nya... so jumpalah resepi ni kat blog Che' Iza. Izinkan saya yer kopies resepi che iza ni yer...memang sedap ler..tapi bab balut tu tak brapa nak pakar..kalau sapa terror buat ketupat palas mesti cntik balutannya..sebab saya tak berapa reti sgt dgn daun pndan pun jenis halus kecik jer so korang leh tgk ler seperti gmbr di atas..xbrapa nak lawa...hehehhe kat sini saya letak resepinya ...Selamat mencuba nyer..


RESEPI AYAM GORENG PANDAN

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN
  • 1/2 ekor ayam (1kg)- saya guna ayam xsampai separuh pun sbb makan utk dua org jer
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka ) - yang ni saya guna cili kisar sebab cili padi takder
  • 2 sb santan pekat (optional)- saya letak santan cair jer..
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan serbuk Cukup Rasa Maggi
  • daun pandan

CARA-CARA PENYEDIAANYA
1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
2. Blend semua bahan bertanda*. Selepas itu perap ayam dgn bahan2 yang telah diblend bersama madu,
    santan, garam, gula dan serbuk perasa.(Saya perap dalam setengah jam bg bhn2 tu mesra dgn ayam)
3. Buat poket dengan daun pandan dan masukkan ayam dalam poket itu.
4. Balut ayam dengan daun pandan, lepas tu bungkus ala-ala buat ketupat palas.
5. Cucuk ayam yang telah siap dibungkus dengan lidi supaya ayam tak terkeluar.
6. Goreng ayam yang telah dibungkus hingga golden brown dengan api sederhana.
7. Angkat & sedia dihidang dgn nasi...

mintak maaf ler rupa tak brapa nak lawa...hitam legam skit..

No comments:

Post a Comment