Friday, January 7, 2011

Ari ni Masak Apa Ek???

Walaupun sudah masuk tahun baru, namun hujan masih turun...kat Kuantan ni hujan masih berterusan..berhenti sekejap n pastu hujan kemabli turun membasahi bumi..alhamdulillah area umahku ni tempat tinggi di bukit so taklah banjir..namun sesetengah tempat dah bnjir..harap2 cepat2lah beransur musim banjir ni..

Oklah..pagi2 dah pening nak masak apa utk tghari ni..boring gak asyik masak bnda yang sama..smlm walaupun hujan, aku redah gak g pasar beli bekalan bahan mentah...ayam, daging, ikan, sayur...sebab kalau beli kat area umah aku ni ada satu kedai jual bhn basah, harga bahan2 ni mahal sgt...kadang2 tak masuk dek akal..dahlah memang kuantan ni kos tinggi macam dok KL...melalu tul aku berckp..tanye kawan2 idea nak masak apa..ada suh masak ayam kerutuk lah, ikan parang masak tempoyak, tomyam&dll...

so godek2 resepi kat internet, aku masuklah satu laman web ni...tgk resepi mcm best jer...akhirnya aku try masak guna resepi Ayam Masak Madu..kebetulan semua bahan2 ni ada, so apa lagi, aku mencubalah...Alhamdulillah..menjadi & sedap....nnti ada masa aku snap n letak kat blog ni utk tatapan..sapa2 nak resepi ni leh pgi laman web ni.

AYAM MASAK MADU(Resepi.iluvislam.com)-ada bhn yang saya gantikan dgn bhn lain..

1/2 ekor ayam
1 sudu rempah kari ayam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia
5tbs sos/tomato puree (Saya guna sos tomato sebab tomato puree takder)
4 tbs cili kering (Yang ni saya guna cili giling)
1 tbs gula merah
1 tbs kunyit
Madu
Garam
Air

CARA MEMASAK
Ayam potong ikut  keselesaan.(Saya suka potong kecik2)Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

Amat mudah & Selamat mencuba..