Sunday, February 6, 2011

Ikan Bakar Portugis

Sori gmbrnya xberapa cntik..hehehe


Esok dh strt keje kan..setelah puas bercuti..hehhee..macamlah saya ni keje kan..hehehhe...jalan semua jem..yelah esok dah strt keje&anak2 pun dah strt sekolah...erm..saya lak esok nk turun kl coz en hubby ada kursus smpai ari jumaat..seminggu gak kat sana..huhuhu..en hubby pun dia malas nak pg sbnrnya..bos dia yang suh pg..hehehe..saya no hal..lagipun dah 3 bulan tak kesana..leh jumpa anak2 buah&family sana almaklumlah adik bradik ramai bermaustatutin disana...huhuhu..rindunya nak g kl...sejak pindah ikut hubby bulan june tahun lpas..2-3bulan sekali bru turun sana..dah dpt keyboard mulalah melalut sana sini..stop!!!

Anyway,ari ni breakfast buat kuey teow goreng, tghari roti sandwich sbb dh makan heavy pada waktu pagi, so mlm ni sbb stok bekalan ada ikan pelaling, xnak beli lagi bekalan sbb sminggu kat kl nnti so suami suggest buat ikan bakar...ermmm..best gak tuh!!!..apa lagi godek buku pastu bru ingt why not try buat Ikan Bakar Portugis!!!!dah lama tak makan..last makan kat MidValley last year...terus menuju ke internet..aaahhaaaa!!Found it!!..tp ada bhn yang takder.pg kedai kat area umah pun xder...Resepi ni saya amik dr entri kak ina kl (leh tgk resepinyer kat sini) & cuma saya ada modified skit ikut citarasa saya..

RESEPI IKAN BAKAR PORTUGIS
Bahan utama
1 ekor ikan bawal - saya guna ikan pelaling 4 ekor (terpulanglah nak guna ikan apa)
3 helai daun limau purut - saya tak letak sebab xder
sedikit garam
jus limau kasturi
sedikit garam
sedikit kicap
1 sudu besar sos cili
Aluminium foil & daun pisang-saya guna aluminium foil sbb takder daun pisang
3 sudu besar minyak bawang putih (cara2 saya akan tunjukkan dibawah)

Bhn2 utk dikisar
2 biji buah keras
2 batang serai
10 biji cili kering - kalau nak guna cili giling /cili boh pun boleh dalam 3 sudu besar
3 helai daun limau purut-saya xguna sebab xder
1/4 belacan-yang ni saya letak, dlm resepi xder 
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup -dalam resepi takder letak kunyit hidup. saya letak sikit
1 helai daun kunyit-saya tak letak sebab xder

Untuk Minyak Bawang Putih

  • 6 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih, ditumbuk 
  • Panaskan minyak dengan api perlahan, masukkan bawang putih dan goreng garing. Matikan api dan alih minyak dalam bekas. Sejukkan.

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah celcius - saya guna 180 darjah celcius
  • Ikan dibersihkan dan dikelar2-saya guna ikan pelaling,so saya belah dua dan perap dgn air limau kasturi dan sedikit garam dalam 5-10 minit, pastu cuci&toskan
  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan semua bahan2 yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan sos cili, kicap, jus limau kasturi(dalam 2-3biji)&perasakan dgn garam & sedikit bhn perisa kalau nak letaklah, pastu tutup api.
  • Amik aluminium foil&sebelum letak ikan kat atas aluminium foil, saya sapu dulu sikit bahan2 yang telah ditumis bersama sedikit minyak bawang ke atas aluminium foil, selepas tu barulah saya lumur ikan dgn minyak bawang putih&bahan2 yang ditumis dan balut dgn aluminum foil tadi.
  • Bakar dalam masa 45-1jam bergantung pada jenis ikan besar atau kecik menggunakan api atas&bawah.(saya bakar dalam 45 minit jer sebab ikan kecik jer)
  • Bila ikan dah nak masak, saya buka aluminium foil atas bagi ikan itu garing sikit macam kak ina buatlah.Kalau tgk gmbr tu hangit sikit tepi2 tu jer..
sedikit hangus kat tepi..tapi xper janji sedap!!!



So dah siap ikan bakar, silalah jamu selera dgn nasi putih panas2..rasanya begitu mnyelerakan& en hubby suh wat lagi esok, katanya sedap & memandangkan bhn yang saya tumis tadi ada lagi bakinya esok leh lah buatkan alang2 nak abiskan stok ikan pelaling tu..hehehehhe..Senang jer kan!! Ingtkan susah..TQ Kak Ina KL coz try resepi dia kali ni...