Monday, February 21, 2011

Daging Dendeng Simple


Malam ni nak share resepi daging dendeng yang mudah aje..en hubby yang suka daging dendeng ni..saya puyer resepi yang mudah ajer..resepi ni saya ada rujuk kat majalah masakan iaitu RASA..saya kopies ler resepi tu kat sini utk tatapan pihak anda..
Di bawah ni resepi utk daging dendeng ni..


Bahan-Bahan

1/2 kg daging-potong kiub besar, direbus, dipotong nipis2,ditumbuk (saya guna dlm 250-300gm daging)
250 ulas bawang merah-dihiris nipis2 (saya guna dalam 6-7 ulas bawang merah, saya blend)
15 cili kering yang telah direbus-blend
125ml air asam jawa (saya letak satu sudu besar pes asam jawa bancuh dgn satu gelas air)
1 botol kicap manis (saya guna suku jer sebab saya wat dlm 300 gm daging jer)
1 sudu besar sos tiram -yang ni saya tambah gak.(optional)
1 sudu besar sos cili-yang ni saya tambah gak.(optional)
3 sudu besar gula merah - yang ni saya tambah gak.(optional)
Garam, minyak&serbuk perasa secukupnya

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  1. Daging yang telah dipotong nipis & ditumbuk hendaklah diperap dgn 1/4 botol kicap selama beberapa jam- saya perap dgn sedikit kicap,sos tiram&perap dlm 15 minit
  2. Panaskan sedikit minyak, goreng daging yang telah diperap hingga garing&angkat
  3. Dengan menggunakan lebihan minyak yang digunakan utk goreng daging&tambah sdikit minyak,tumis bahan2 yang telah dikisar sehingga pecah minyak
  4. Apabila pecah minyak, masukkan lebihan kicap,sos cili,air asam jawa&gula merah.Kacau rata hingga kuah jadi pekat
  5. Masukkan garam&serbuk perasa secukupnya
  6. Angkat&sedia dihidangkan




Ni ler rupanya daging dendeng saya nih...sampai daging pun tak nampak sebab kuah nya saya bg pekat&warna jd lagi gelap sebab saya letak gula merah...letak gula merah ni buat masakan kita lg sedap...
Kalau nak tumis skali dgn kulit kayu manis&bunga lawang pun boleh...terpulang pada kreativiti masing2...

No comments:

Post a Comment