Monday, February 21, 2011

Tauhu Sos Cuka

Selamat malam semua...dh makan malam lum???saya penat ari ni..almaklumlah dh lama tak jogging..heheheh..badan pun makin tembam..so ari ni g lah jogging jap sementara wait en hubby main badminton kat court opis dia....saya jogging kat taman kat Mahkota Dagangan di Kuantan ni..

Makan malam saya ari ni, saya xmakan nasi..ala2 diet konon...pastu teringat nak makan tauhu lak..sebenarnya dah terpikat dgn resepi di blog hana tu..heheheh..nampak mngancam jer..tapi saya buat tak brapa nak mngancam..ada modified skit lah..saya taruk daging rebus yang dh dihiris nipis2..sedap gak..kebetulan daging tu nak mwat daging dendeng,,en hubby suka sgt2....huhuhu...Hana, izinkan saya copy resepi ni yer....memang sedap bila makan dgn sos cuka tu...nnti nak pg beli lagi tauhu esok..td tak cukup..hehhee..padahal makan sorg jer..en hubby makan nasi...




RESEPI TAUHU SOS CUKA
source: www.hanamemories.blogspot.com / matgebu@dapurtanpasempadan

Bahan-bahan
  • 4 keping tauhu keras, potong 4 setiap satu
  • Sedikit hirisan daging yang telah direbus-yang ni saya letak sbg bahan sampingan
  • Sedikit garam dan lada hitam
  • 4 biji cili merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 -3 camca besar gula (ikut manis)*
  • Secubit garam*(*ditumbuk halus)
  • 4 camca besar cuka makan- saya guna cuka jenama Tamin
Cara-cara
  1. Tauhu dilumur dengan sedikit garam dan lada hitam serbuk. Perap kejap. Goreng terendam dalam minyak panas hingga kuning keemasan dan berkulit. Angkat dan toskan. Letak atas paper towel. Ketepikan.
  2. Bahan tumbuk halus disatukan bersama cuka makan, kacau rata dan sesuaikan rasa. Mesti ada rasa masam, manis pedas dan sedikit masin. Jika pekat tambah sedikit air. Hidangkan bersama tauhu tadi.

Selamat menatap gambar2 yang xbrapa nak fotogenik..tapi rasanya memang ler sedap..puji diri sediri la lak...hehhehe

No comments:

Post a Comment