Monday, January 31, 2011

Nasi Ayam Dgn Ayam Panggang


Ari ni dah 31hb rupanya..cepatnyer masa berlalu...dah nak masuk bulan Februari...dah nak masuk setahun saya kahwin rupanya..hikhikhik.


 Oklah hari ni macam biasa..kalau hari bekerja, biasanya waktu makan tengahari saya skip kalau en hubby tak balik tengahari..so saya makan lunch+dinner skali lah..Hari ni boring makan nasi putih..so cakap dgn hubby saya nak wat Nasi Ayam..Dah lama rasanya saya tak buat nasi ayam..Selalunya saya buat dgn ayam berempah..tetapi kali ni wat dgn ayam panggang...pastu nasi lak selama ni saya just taruk halia dgn air rebusan ayam, kali ni saya letak mentega,minyak masak skit,kunyit&garam..so thats why nasi saya kali ni jadi cantik & macam nasi jual kat pasar malam..heheheh...




Untuk kuah cili lak saya kisar 4 batang cili merah dgn sedikit halia,pastu saya masak atas dapur letak air rebusan ayam sikit, garam, gula,serbuk perasa&sedikit perahan air limau nipis..

So korang layanlah yer gmbr2 di atas tu....


Sunday, January 30, 2011

Ayam Panggang ala Kenny Rogers





Hari tu hilang idea nak masak apa...asyik masak benda sama..pastu bru teringat yang kami berdua dah lama tak makan ayam..rasanya dekat seminggu lebih tak sentuh ayam gara2 saya tiba2 muak and takleh bau ayam...ingtkan sbb pregnant..tapi xpun..mngada lebih kot...hahah..so seminggu lebih lah asyik makan ikan jerrr pastu daging sekali sekala...Dah terpk lama gak tak makan ayam, tiba2 kat kepala 'Ting Tong' sesuatu come out from my head...erm...sambil nak try oven baru, why not ari ni try masak ayam panggang lak...asyik goreng jer kan...so godek2 lah internet cari resepi..Finally jumpa lah resepi ayam panggang ni nk buat ala2 kenny rogers..tapi saya tak ikut 100% resepi tu,,sebb ada bahan yang takder..so saya modified and buat bahan sdiri..1st time buat jadiklah..ari ni buat kali k-3 sebb suami suka n dia request..


Separuh ekor ayam-saya belah dua
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih 
1 inci halia 
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk lada sulah
1 sb sos tiram
2-3 sb madu
1 sb gula
1 sb lada hitam-kalau letak banyak lagi sedap & pedas. (optional kalau nak letak sos lada hitam kalau takder buah lada hitam)
sedikit garam-saya letak 1/2 sk
sedikit mentega (digunakan semasa nak bakar ayam)

CARA-CARA PENYEDIAANNYA

  • Masukkan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan kisar semuanya di dalam blender
  • Perapkan ayam dgn bhn2 yg telah dikisar selama 1 jam(kalau nk lg sedap perap semalaman atau 3-4jam agar bhn2 tu akan mesra dgn ayam tu...)
  • Sebelum masukkan ayam ke dalam oven, sapu sedikit mentega disekeliling badan ayam tu bg rasa yg lbh sedap & nampak keemasan.
  • Bakar ayam selama 30-40 minit @ sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius. 
  • Hidangkan bersama mashed potato & gravy.
Fresh from oven

Nota: **Sebelum masukkan ayam dlm oven,saya panaskan dahulu oven selama 10-15minit dgn 170-180 darjah celcius
**Selepas 20minit masa pertama, curahkan lebihan bahan yang diperap keatas ayam&bakar lagi sehingga masak

Sebenarnya resepi ayam panggang ni kita leh buat mengikut kreativiti kita..ada yang letak bermcam2 bahan..tapi saya buat yang simple sahaja yang mana saya rasa leh jimat masa dlm proses penyediaannya..Bagi saya, ini resepi yang paling mudahlah..Kali pertama buat saya sediakan bersama mashed potato&gravy, kali ke-2 buat sbb ada skit ayam yang dh dipotong..Hubby saya memang suka sgt & bangga skejaplah bila dia puji..hehehhe...

Selamat mencubalah..kalau tak jadi, leh tayer saya atau post comment...byk lagi resepi yg dh saya cuba cuma takder masa nak publish kat blog...






Saturday, January 29, 2011

Cookies ala Famous Amos


Minggu lpas lagi en hubby teringin nak makan cookies kat Famous Amos..Since dah beli oven baru, so dia suh saya wat cookies tu&katanya nak rasa sebijik kat FA tu....Mengalahkan org mengandung..kalau mengandung takper gak kan!!!hehehe...Alamak..saya ni bukan nya pakar lagi..Cookies lak nak macam Famous Amos...ayooo...biar betul...puas ckp kang tak sama rasa xnk makan..En hubby nak gak...oklah so bermulalah explore mana resepi yang leh dapat ni...Cari puyer cari finally i got it!!! Nama writer ni Kak Intan..tgk kat wordpress dia...So saya guna resepi dia utk try buat cookies ni..tapi saya tak ikut 100% lah recipe dia..ada gak saya modified sdiri kerana kekurangan bhn2 yang diperlukan..Ikut citarasa sediri..hehehe..

RESEPI COOKIE FAMOUS AMOS(Yang dah saya modified&saya wat separuh adunan jer)
  • 1 cawan butter
  • 2 cawan tepung gandum (di ayak bersama baking soda dan baking powder agar ia mesra bersama hehhee)
  • 1 sk baking soda
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk baking powder
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan gula perang
  • 2 1/2 cawan oatmeal - blend sehingga menjadi halus (saya guna brand Quaker Oat yang warna merah)
  • 100gm chocolates chips (sepatut kena lebih skit dlm 200-300gm if guna yang saiz besar tp kalau yang small size yang mcm saya guna ni dlm 100-150gm dh cukup kot). 
  • 175gm Cadbury Choc.-Dairy Milk (parut)
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan hazelnut (cincang halus)-yang ni terpulanglah nak pakai nuts apa..saya pakai hazelnut coz tersalah beli..nak beli macadamia tp tersalah amik yang ni..never mind leh guna gak..hehhe

CARA-CARA PENYEDIAANNYA
  • Pukul butter dengan gula halus&gula perang
  • Selepas itu masukkan telur satu persatu bersama esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang sebati
  • Masukkan gandum yang diayak besama dgn baking soda dan baking powder, oat dan garam ke dalam adunan dan gaul rata
  • Akhir sekali barulah masukkan coklat chip,coklat Cadbury yang dh diparut bersama dgn kacang yang telah dicincang.
  • Keluarkan doh dan bentukkan doh menjadi bulat kecik.Ambil doh tu dalam 2 inci. Saya gunakan sudu kecik utk bentukkan biskut ini.
  • Bakar dalam 180-190 darjah Celcius dalam 10-15minit. 
  







 Inilah hasilnya setelah masak&rasanya pun memang mcm cookies FA tu&my hubby memang suka sgt2 siap bangun byk kali n curi biskut ni ketika saya tgh dok bakar biskut2 ni.. Kul 2 pagi bru dpt tido selepas selesai bakar semuanya..huhuhu..esoknya mengantuk tahap gaban..mujur tak keje..hehhehehehehh!!!!!



****NOTA: Disebabkan adunan ni kita masukkan coklat cadbury, so leh kurangkan sedikit gula.Ni sapa2 yang tak suka biskut ni terlalu sweet.

Di bawah ni saya sertakan RESEPI ASAL cookies ni..

RESEPI COOKIES-FAMOUS AMOS-ORIGINAL
2 cups butter
4 cups flour
2 tsp. baking soda
2 cups granulated sugar
2 cups brown sugar
5 cups blended oatmeal (measure oatmeal &
blend in blender
to a fine powder)
24 oz. chocolate chips
1 tsp. salt
18 oz. Cadbury bar (grated)
4 eggs
2 tsp. baking powder
3 cups chopped nuts (your choice)
2 tsp. vanilla

INSTRUCTIONS:
cream the butter and both sugars. Add eggs and
vanilla; mix together with flour, oatmeal, salt,
baking powder, and soda. Add chocolate chips,
Cadbury bar and nuts. Roll into balls and place
two inches apart on a cookie sheet.. bake for 10
minutes at 375 degrees. Makes 122 cookies..


SELAMAT MENCUBA DR SAYA... SAYA NI BUKANLAH EXPERT PUN  MASIH DALAM PROSES PEMBELAJARAN & SEKADAR INGIN BERKONGSI MASAKAN DGN KAWAN2 YANG LAIN...TQ

Sudah 8 Tahun Perginya Tak Kembali

Salam semua...

Hari ni ingt nak masuk entri masakan..tapi stop dulu masukkan entri pasal ni...Sejak menjak ni asyik ingat jer insan yang saya sayang ni...rindu padanya hanya Allah jer yang tahu..kadang2 sampai nangis sorg kan bila ingt kat dia...Sebenarnya ari ni cukup 8 thn arwah mak saya pergi meninggalkan kami semua. Rasa macam cepat jer waktu tu berlalu..tup2 dh masuk 8thn ari ni..Dua hari lepas besday adik bongsu..pk balik rasa sedih sgt2..Arwah mak saya pergi kerana penyakit darah tinggi..Pergi secara mengejut memberi tamparan yang kuat kepada kami sekeluarga..Masa tu saya masih kat universiti..Adik bongsu lak umur 10thn..Rasanya dia lagilah terasa kehilangan kerana setiap hari berkepit dgn arwah mak.Bila minggu lpas adik sorg lagi bgtau kenangan yang dia takleh lupa sampai skrg iaitu arwah mak berjanji nak buatkan bihun grg utk besday adik bongsu membuatkan hati saya semakin sedih..Cuma yang buat saya terkilan arwah mak tak smpat nak merasai kejayaan saya,abg saya,kejayaan adik2.Tak sempat nak rasa duit gaji kami.Sebab masa dia pergi, kami ni masih belajar..kakak2&abg sudah bekerja....

Tapi mungkin ini yang terbaik untuknya agar dia berehat disana setelah berhempas pulas membesar kan kami adik bradik yang byk karenah&mcm2 perangai..Kami ni dr keluarga yang besar...Itu jer ayat yang kami selalu gunakan bila teringat akan dia..Moga Kau tempatkan ibuku dikalangan org yang beriman..Kami anak2 akan sentiasa mendoakan kebahagiaan ma disana tanpa jemu..Amin..YaAllah rindunya saya terhadapnya...

Friday, January 28, 2011

Roti Sandwich Bakar Bersalut Telur



Malam2 malas lak nak masak yang heavy..hubby lak kalau ptg dh makan nasi lepas blik keje, nnti dlm kul 9-11mlm, mula lah nak makan lagi tapi selalunya yang biasa2 jer macam daging burger, roti sandwich, maggi atau pun nugget seangkatannya..So ari ni teringin lak nak makan roti sandwich mcm yang saya buat ari tu..tapi suami suh salut dgn telur lak lepas bakar,,memang sodaplah...en hubby ni penyumbang idea dlm bab masak..

Kalau nak  resepi ni, tgk previous entri , cuma add bahan ni jer:-
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
Cara-Cara:-
  • Pecahkan telur dlm mangkuk&pukul telur bersama sedikit garam 
  • Selepas roti sandwich dibakar, potong dahulu roti tersebut, selepas itu celup roti didalam telur 
  • Panaskan kuali, dan masukkan roti tersebut dan dibalik-balikkan sehingga roti kelihatan keemasan&angkat..



Mudah ajer kan..hehhehe..budak kecik pun boleh buat rasanya..hehhehe. kalau bahasa yang saya guna ni macam tak betul, mintak maaflah..dah lama tak mngarang, entah apa2 bahasa saya gunakan...







Wednesday, January 26, 2011

Tengahari Msk Ikan Kembung 3 Rasa



Selamat tengahari..

Erm...dah lama tak menulis blog..asyik bz bebenor mngalah kan CEO..hahha..xper..saya CEO kat umah jer...gaji dtg dr poket suami..hehehehh..sejak jadi suritrumah ni, otak ni macam2 benda pk..plan pun bermacam2 main kat otak nih..tapi tak tahulah bila leh realisasikannya atau tidak...harap2 menjadilah...Btw kat sini hujan..dah seminggu lebih hujan...harapan ku utk mngurangkan berat badan tergendala gara2 aktiviti joging di petang hari tak dpt dilaksanakan...harap2 lpas ni leh continue lagi...

Oklah untuk ari ni, saya nak share resepi Ikan Kembung Masak 3 Rasa...tak tahu nak masak apa..so pk2 balik masak yang ni lah dgn bahan yang ada...ni saya survey kat internet..tgk2 cara2 pastu saya modified guna cara saya..pernah cuba melalui resepi buku tapi nape tak jadik...jadik macam masak sambal lak....tapi kali ni saya leh puji diri sdiri sbb berjaya wat resepi ini seperti makan kat kedai..actually ni one of my hubby's peberet lah.. so sapa nak cuba, sila tgk resepi dibawah,....saya wat simple2 jer...guna pun ikan kembung..kalau nak guna ikan lain macam siakap, kerapu atau bawal pun lagi sodappppp!!!!

RESEPI IKAN KEMBUNG MASAK 3 RASA

BAHAN-BAHAN
3 ekor ikan kembung (leh guna ikan lain yer-ni sbb saya ada stok ikan ni  jer hehhe,mkn pun utk 2 org)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1inci halia (tumbuk)
1 labu bawang besar-hiris bulat2
2 btg serai-hiris halus
1 biji tomato-pastikan buang bijinya dan potong dadu (tomato nak letak lebih pun boleh)
1 biji timun-juga dikeluarkan biji2nya dan potong dadu
1 sudu besar sos tomato
3-4 sudu besar sos cili
1 sudu besar limau nipis (sebenrnya pakai cuka tapi sebab cuka takde kat umah, so saya pakai limau nipis sbg ganti)
1-2 biji cili padi (ketuk)
2 biji cili merah-dihiris
Gula, garam&bhn perasa secukup rasa
Sedikit air
Tepung jagung digunakan untuk make-up ikan

CARA PENYEDIAANNYA
- Ikan kembung hendaklah dibedakkan dgn tepung jagung. Tapi sebelum itu, saya sapu skit ikan dgn
  garam&serbuk perasa(Maggie Cukup Rasa) & lepas tu goreng hingga garing dan angkat.
- Panaskan kuali dgn sedikit minyak, tumiskan bawang putih&halia hingga naik bau.Jangan smpai hangit lak...
- Masukkan bawang besar dan serai hingga bawang besar dh jadi layu&bau harum naik.
- Selepas itu, baru kita masukkan sos cili, tomato&jus limau nipis&sedikit air (saya masukkan 1/2 cawan
   air).Kacau hingga sebati & mendidih.
- Setelah mendidih, tomato&timun yang dipotong dadu serta cili padi&cili merah di masukkan&kacau lagi
- Masukkan garam, gula&bhn perasa mengikut citarasa anda.
- Akhirnya, tuangkan kuah ke atas ikan2 yang telah digoreng.

***Note:Kalau nak kuah pekat, boleh bancuhkan sedikit tepung jagung tapi saya tak masukkan tepung jagung sebab saya guna sos cili lebih&ianya sudah memadai utk menjadikan kuahnya pekat. Ini terpulang kepada koranglah.. Saya tgk setengah resepi tu letak tepung jagung. 


ini sajalah dari resepi mudah dr saya..lagi entri masakan coming soon yer...cuma tak berkesempatan nak dok dpn pc lama2 nnti dh leka, kerja lain tak dpat siapkan. Nanti gambar masakan ni saya upload nnti yer..

Tuesday, January 25, 2011

Lupa Nak Letak Resepi Choc. Ganache

Selamat tengahari...

Entri ni pasal topping kek coklat kukus yang saya buat hari tu..lupa nak selit sekali..so bila kawan saya tayer...so saya masukkan kat sini lah cara nak buat..ni pun amik resepi dari hana's family gak cuma saya modified skit mengikut citarasa saya dengan mnggunakan chocolate chips..hehehe..memang sedap sebenarnya..lebihan dr saya guna kat kek saya makan lak dgn biskut kraker...memang sedap...hahhah..siap suami ckp tu nak gemukkan badan yang sedia tembam...hahhahah!!!!!!!!

Untuk kawan saya Puan Ila yang nak resepi Choc. Ganache ni, sila tgk kat sini yer....

CHOC. GANACHE


  -  50g serbuk koko (tapi saya kurangkan sikit 10 g & tetapi campurkan dengan coklat masakan- 
   saya guna chocolate chips brands Hershey's-semi sweet puyer)
- 50g Butter (yg ni pun saya kurangkan sedkit kira2 dalam 10-15g)
- 1 cawan susu pekat


CARA-CARA PENYEDIAANNYA


 Campurkan kesemuanya bahan2 tersebut dan gunakan kaedah double-boiler dan kacau sehingga semuanya sebati sebelum anda mencurahkan ke atas kek anda....









Roti Sandwich Bakar

Salam...

Sudah malam rupanya baru boleh buka blog ni...almaklumlah sibuk dgn my hobby ku apa lagi..pastu ptg tadi pegi interview..resultnya 2 minggu lagi...suami saya tak kisah pun sebenrnya saya ni keje atau tak..katanya kesian kat saya dh boring dok kat umah..tapi rasanya ada baik gak dok kat umah ni..lehlah daku bercinta dgn masakan..heheheh..

Oklah..sebab malam dh bosan nak makan nasi..so kitaorg decide makan roti lah dgn ikan sardin..so idea ni come out from my hubbylah...selama ni saya masakkan sardin &modified skit pastu cicah macam tu dgn roti..tapi kali ni kitaorg dh boring main cicah2 jer so kitaorg bakar guna pembakar roti yang macam pengepit tu..apa org panggil..kalau saya buat sandwich biasa tu dia tak suka letak bawang,perah air limau &dll..kali ni lain skit,cuma kena tumiskan ikan sardin dulu bru hancurkan....Ala ini resepi org malas macam saya..hikhikhik!!!

RESEPI ROTI SANDWICH BAKAR




BAHAN-BAHAN
1 tin sardin AyamBrand (bergantung berapa org makan, saya guna tin kecik)
1 biji bawang besar (saya guna sederhana puyer)-potong bulat2
1 sudu besar cili giling/cili boh 
1 sudu besar sos tomato
2-3 sudu besar sos cili
sedikit air asam jawa (option kalu taknak letak xper)
sedikit gula (saya suka letak gula merah dalam 1-2 sudu besar bergantung kepekatan dan citarasa anda)
sedikit air 
sedikit bahan perasa
sedikit garam
2-3 sudu besar mayonis


CARA PENYEDIAANNYA:

- Tumiskan bawang besar sehingga layu 
- Masukkan cili giling & tumis sehingga pecah minyak
- Selepas itu baru masukkan pula ikan sardin bersama sos nya & sedikit air 
- Masukkan sos tomato, sos cili & air asam jawa & gula
- Kemudian kacau hingga rata & kuah menjadi pekat
- Akhir sekali masukkan sedikit garam&bahan perasa mngikut citarasa anda..(Saya suka rasa yang masam2 manis)
- Dah tutup api, saya hancurkan ikan sardin tersebut sehingga menjadi halus..betul ker ayat saya guna nie??hehehe...
- Saya biarkan sekejap sambal sardin yang telah saya hancurkan tersebut. (bagi sejuk sikit)
- Bila dah agak2 mcm dah tak panas atau suam2 suku, so bolehlah masukkan mayonis dan gaul hingga rata. Mayonis kalau nak letak lebih pun xpe bergantung pada citarasa anda lah yer nk sambal sardin tu rasa lemak masam lebih ke apa..
(Pastu kalau  anda nak tambah aksesori2 lain macam timun ke tomato ke terpulanglah-potong kecik2 mcm dadu tuh..)
- So sapukan sambal sardin tersebut ke atas 1 keping roti & amik satu lagi keping tutup keatas roti yang dah disapu dgn sambal..
- akhirnya bakarlah roti itu...selepas itu ulangi lagi utk kepingan roti yang lain sehingga sambal tersebut abis...hehhehe

Selamat mencuba sebab ianya begitu mudah utk sediakan..hanya org malas macam saya nih nak masak bila dtg mood xnak masak mcm saya!!..hehehhee

Mata saya dah mngantuk tapi kena tahan sebab tgh dok bakar cookies..Permintaan suami ku utk makan cookies ala Famous Amos...Mujur jadik..next entry yer saya citer pasal cookies ni...cuba jgn tak cuba..


SELAMAT MALAM SEMUA......




Wednesday, January 19, 2011

Kek Coklat Lembap (Versi Kukus)

KEK COKLAT LEMBAP(VERSI KUKUS)Semalam buat kek coklat basah tapi versi kukus punyer..resepi ni saya amik dari hana's family..entahlah saya betul2 admire kat dia ni...byk resepi masakan dia saya amik utk mngasah skill dlm bidang masakan..lagipun bab2 buat "KEK" ni memang saya suka tahap cipan lah kalau org ckp..hehehehhe...seperti yang saya janjikan, saya sertakan resepi di sini ataupun terus ke blog hana seperti diatas..


RESEPI KEK COKLAT LEMBAP (Kukus atau Bakar)- Hana,saya tumpang copy resepi ni..halalnyer...

Bahan-bahan
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko-(saya letak 1/2 cawan sebab saya suka kek tu rasa koko lebih)
  • 1sk baking soda - (atau pun letak baking powder 1/2sk, soda 1/2sk)
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak - butter rasanya lebih lembut
  • 1/2 cawan buttermilk@susu segar - saya pun guna susu perisa coklat seperti hana buat
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat (option-kalau taknak letak xper)
Cara-cara (Ni Versi Kukus)
  • Sapu butter kat loyang,(Kalau bakar, panaskan oven 300 degree F)
  • Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  • Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  • Masukkan air panas dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang&kukus selama 1 jam atau sehingga masak.(dgn cara cucuk lidi utk pastikan kek sudah masak lom..kalau lidi tu clear je maksudnya, kek kita sudah masak...)
  • **(kalau bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak.
  • Sejukkan dan hidangkan dgn choc ganache..
Ni gambar nyer..selepas siap masak
ni sebelum topping





selepas topping tp dh hilang 1 slice...mana peginya???



Sini rupanya!!!!!

SELAMAT MENCUBA KAWAN2..Nanti ada masa saya akan kongsi resepi yang lain...masa terlalu mencemburui daku..huhuhuhu!!!








    Dah Lama Tak Update Blog

    Salam

    Dah lama rasanya tak buka blog ni..tak sempat nk mngarang..asyik bz jer..almaklumlah sejak berenti keje n jd surirumah ni, keje aku ni ke hulur hilir ke pasar, jd driver hubby pagi&ptg..byk resepi nk share tp xsmpat nak masuk dlm blog ni..sebab pakai pc kt umah,so minicard camera xleh nk msk kat pc ni trpksa wait laptop hubby ler.anyway semalam akhirnya berjaya gak wat Kek Coklat Kukus yg resepinya diambil dr hana's family..tq hana..mmg mnjadik lah kek tu...sedap pun..hehehe puji diri sdr laks..

    oklah, td bru blik dr pasar...so beli ikan & daging...ari ni ingt nak masak Ikan Kembong 3 Rasa & Daging Goreng Berlada..nnti masakan yg saya dh cuba, ada masa saya upload gmbr & resepi skali utk tatapan..

    Friday, January 7, 2011

    Ari ni Masak Apa Ek???

    Walaupun sudah masuk tahun baru, namun hujan masih turun...kat Kuantan ni hujan masih berterusan..berhenti sekejap n pastu hujan kemabli turun membasahi bumi..alhamdulillah area umahku ni tempat tinggi di bukit so taklah banjir..namun sesetengah tempat dah bnjir..harap2 cepat2lah beransur musim banjir ni..

    Oklah..pagi2 dah pening nak masak apa utk tghari ni..boring gak asyik masak bnda yang sama..smlm walaupun hujan, aku redah gak g pasar beli bekalan bahan mentah...ayam, daging, ikan, sayur...sebab kalau beli kat area umah aku ni ada satu kedai jual bhn basah, harga bahan2 ni mahal sgt...kadang2 tak masuk dek akal..dahlah memang kuantan ni kos tinggi macam dok KL...melalu tul aku berckp..tanye kawan2 idea nak masak apa..ada suh masak ayam kerutuk lah, ikan parang masak tempoyak, tomyam&dll...

    so godek2 resepi kat internet, aku masuklah satu laman web ni...tgk resepi mcm best jer...akhirnya aku try masak guna resepi Ayam Masak Madu..kebetulan semua bahan2 ni ada, so apa lagi, aku mencubalah...Alhamdulillah..menjadi & sedap....nnti ada masa aku snap n letak kat blog ni utk tatapan..sapa2 nak resepi ni leh pgi laman web ni.

    AYAM MASAK MADU(Resepi.iluvislam.com)-ada bhn yang saya gantikan dgn bhn lain..

    1/2 ekor ayam
    1 sudu rempah kari ayam
    3 ulas bawang putih
    1 biji bawang besar
    1 inci halia
    5tbs sos/tomato puree (Saya guna sos tomato sebab tomato puree takder)
    4 tbs cili kering (Yang ni saya guna cili giling)
    1 tbs gula merah
    1 tbs kunyit
    Madu
    Garam
    Air

    CARA MEMASAK
    Ayam potong ikut  keselesaan.(Saya suka potong kecik2)Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
    Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
    Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
    Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
    Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
    Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

    Amat mudah & Selamat mencuba..

    Wednesday, January 5, 2011

    My Blog-For the 1st time

    Salam....Akhirnya berjaya gak aku buat blog sdiri walaupun lum sepenuhnya siap...ni permulaan lah bg aku..mcm syok tgk org ada blog..btw aku buka blog pun sebab aku ni org baru nak belajar mencuba pelbagai resepi..so aku harap dgn adanya blog ni aku dpt share pelbagai resepi masakan lah...